Monday, 24 November 2014

Booth di Menara TM

Pada 21hb November, Jumaat lepas, team Pyea-Baal Cambodia 2.0 telah pergi ke Menara Telekom Malaysia di Bangsar untuk membuka booth sambil menjual kek coklat kepada pekerja di sana. Hasil dari penjualan kek coklat akan digunakan untuk kos pengurusan dan pentadbiran PBC 2.0. 

Alhamdulillah, sambutan yang diberikan sangat menggalakkan. Terima kasih kepada yang menyumbang kepada kami. Semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik anda semua. InsyaAllah minggu hadapan team kami akan pergi ke sana lagi :)











Saturday, 15 November 2014

Islam di Kemboja

Islam ialah agama majoriti Cham(juga dipanggil Islam Khmer) dan penduduk melayu ialah penduduk minoriti di Kemboja. Menurut Po Dharma, terdapat 150 000 hingga 200 000 umat Islam di sana pada tahun 1975. Penganiayaan dibawah pemerintahan Khmer Rouge menghakis bilangan mereka. Namunpada akhir tahun 1980-an mereka mungkin tidak dapat mengembalikan kekuatan mereka dahulu. Pada tahun 2009, pusat penyelidikan Pew menganggarkan 1.6 % daripada penduduk atau 236 000 ialah penduduk beragama Islam. Umat Islam Cham adalah Sunni bermazhab Shafii. Terdapat juga masyarakat Islam Ahmadiyya berkembang di Kemboja. Po Dharma membahagikan Islam Cham di Kemboja kepada bahagian tradisionalis dan ortodoks.

Penduduk Cham turut mempunyai masjid sendiri. Pada tahun 1962, terdapat 100 buah masjid di Kemboja. Pada akhir abad ke-19, umat Islam Kemboja membentuk sebuah masyarakat yang bersatu di bawah kuasa empat agama iaitu kenamaan bupti, tuk kalih, Raja kalik dan tvan pake. Sebuah majlis terpenting di kampung-kampung Cham terdiri daripada beberapa orang bilal, katib dan labi. Empat orang kenamaan tertinggi dan hakem dikecualikan daripada membayar cukai peribadi dan mereka dijemput untuk menyertai upacara nasional yang besar di mahkamah diraja. Setelah Kemboja mencapai kemerdekaan, Islam diletakkan dibawah seliaan majlis lima anggota yang akan mewakili masyarakat dalam majlis-majlis rasmi dan berhubung dengan masyarakat Islam yang lain. Setiap masyarakat Islam mempunyai hakem yang memimpin masyarakat dan masjid, seorang imam yang memimpin solat dan bilal yang azan.  Semenanjung Chrouy Changvar yang berdekatan dengan Phnom Penh dianggap sebagai pusat kerohanian penduduk Cham dan beberapa orang pegawai yang menetap di sana. Setiap tahun, akan ada beberapa orang Cham mengkaji Al-Quran di Kelantan, Malaysia dan beberapa orang lagi menuntut ilmu mahupun menunaikan haji di Mekah. Menurut perangkaan dari tahun 1950-an, kira-kira 7% daripada Cham telah menyempurnakan haji dan ini membolehkan mereka memakaki kopiah atau serban sebagai tanda pencapaian mereka.

Penduduk Cham tradisional mengekalkan tradisi purba serta upacara Islam mahupun pra-Islam. Mereka menganggap Allah sebagai tuhan yang berkuasa, di samping mengiktiraf amalan lain yang bukan Islam.  Mereka lebih akrab dalam pelbagai sudut dan Champantai Vietnam daripada mereka adalah umat Islam yang lain. Pembesar agama Cham tradisional (dan Cham di Vietnam) beerpakaian putih dan mereka turut mencukur kepala serta muka. Mereka percaya pada kuasa sihir dan ilmu hitam. Pada mereka amalan kuasa sihir mampu mengelakkan kematian atau penyakit secara perlahan mahupun ganas.  Walaupun mereka tidak menunjukkan minat untuk menunaikan haji di Mekah dan solat lima waktu tetapi penduduk Cham tradisional meraikan perayaan Islam dan ritual yang lain.

Sebahagian besar Cham ortodoks telah menerima pakai agama konformis kerana kenalan rapat mereka serta perkahwinan campur dengan masyarakat Melayu. Malah mereka telah menggunakan adat istiadat Melayu dan organisasi keluarga serta bertutur dalam bahasa Melayu.Selain itu mereka juga turut menghantar jemaah haji ke Mekah dan menghadiri persidangan Islam antarabangsa. Konflik antara tradisional dan ortodok Cham meningkat antara tahun 1954 dan 1975. Contohnya, mereka memecah belahkan penduduk kampung dan setiap kumpulan akhirnya mempunyai masjid sendiri dan organisasi yang berlainan agama.

Menurut sumber Cham,sebanyak 132 buah masjid telah dimusnahkan semasa pemerintahan Khmer Rouge, dan pelbagai barangan lain dirosakkan serta umat Islam tidak dibenarkan beribadah. Kemudian sejak rejim Vietnam memasuki PRK, Islam telah diberi kebebasan yang sama rata dengan Buddisme. Vickery percaya bahawa kira-kira 185 000 penduduk Cham tinggal di Kemboja pada pertengahan tahun 1980-an dan bilangan masjid adalah sama seperti tahun 1975. Pada awal tahun 1981, terdapat enam buah masjid di kawasan Phnom Penh dan “nombor baik” di wilayah-wilayah, tetapi pembesar Islam telah menolak dakwaan tersebut, tetapi hanya 20 daripada 113 kependetaan Cham sebelumnya yang paling menonjol di Kemboja terselamat selepas tamat pemerintahan.

Sunday, 9 November 2014

Booth di BCG


Poster B.C.G

Pada 4 November yang lalu, komiti PBC 2.0 telah membuka booth di Big Circle Gathering (B.C.G) yang diaturkan oleh Institusi Usrah (IU) Cyberjaya.




Selain daripada mengumpul derma, kami juga menjual kek coklat. Keuntungan dari penjualan kek coklat itu kami gunakan untuk kos pengurusan dan pentadbiran PBC 2.0.

Friday, 31 October 2014

Team Building PBC 2.0



















Tarikh : 24-26 Oktober 2014

Tempat : Taman Botanikal, Melaka

Peserta : Komiti Pyea-Baal Cambodia 2.0

Objektif Program:
a) Untuk memupuk semangat kerjasama antara semua biro dan komiti.
b) Untuk mengeratkan hubungan dan saling mengenali antara biro dari Melaka dan Cyberjaya.
c) Untuk menerangkan objektif program Pyea-Baal Cambodia 2.0 kepada semua komiti.
d) Untuk menerapkan nilai-nilai yang diperlukan oleh semua komiti semasa mengendalikan program di Kemboja.

Tuesday, 14 October 2014

Instagram rasmi

Instagram Pyea-baal Cambodia
Ini merupakan Instagram rasmi untuk project Pyea-Baal Cambodia. Follow Instagram kami untuk lebih update tentang program ini.

Thursday, 4 September 2014

Projek Wakaf

Projek Wakaf
Untuk program kali ini terdapat dua jenis wakaf jenis iaitu pam air dan kit perpustakaan. Untuk pam air, 1 unit pam air berharga RM2000 dan harga untuk satu pakej ialah RM200. Kit perpustakaan pula berharga RM50.

Tujuan diadakan wakaf ini adalah untuk membantu meningkatkan kemudahan infrastruktur di Kampung Thmei dan juga membantu menarik minat generasi muda tehadap ilmu pengetahuan.

Untuk maklumat lebih lanjut boleh hubungi:
Rabiatul - 013-3202295
Zatul - 013-7876822

MH17



Takziah diucapkan dari team Pyeabaal Cambodia 2.0.

Sunday, 24 August 2014

Booth di ConvoFest14

Sempena ConvoFest14, kami telah membuka booth untuk memberi peluang kepada pengunjung ConvoFest14 untuk menderma dan membeli beberapa pakej sumbangan. Booth di buka selama 3 hari iaitu dari 22hb Ogos hingga 24hb Ogos di hadapan XR1005.

Kami turut menjual tudung dan baju kurung pada hari tersebut. Keuntungan daripada jualan ini akan digunakan untuk kos pengurusan.

Datang dan sokong usaha kami. Semoga Allah sahaja yang mampu segala jasa baik anda semua.

Booth kami di hadapan XR1005

Tuesday, 15 July 2014

Iftar

Assalamualaikum dan salam Ramadhan kepada semua.

Pada 17 Julai (Khamis) ini, kami akan mengadakan iftar sempena program ini. Iftar tersebut akan diadakan di Univeristi Multimedia Cyberjaya dan juga Universiti Multimedia Melaka.

Program ini bertujuan untuk mengumpul sumbangan dan derma ikhlas daripada kakitangan dan juga pelajar MMU. Hasil daripada jualan tiket dan sumbangan akan disalurkan untuk program utama iaitu "Pyea-Baal Cambodia 2.0". Program ini diadakan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik iaitu komuniti Islam di Kemboja.

Care Cambodia 2.0 Charity Iftar di MMU Cyberjaya

Tarikh : 17 Julai 2014
Masa : 6:30 petang hingga 8:30 malam
Lokasi : Multipurpose Hall (MPH)
Bayaran : RM7.00 seorang

Jika berminat, sila isi borang ini:
https://docs.google.com/forms/d/1p2vBzMzUmsjI6h7CGWe5xDxqpFBoFXfoJOdW7GMBFzE/viewform

Tempat terhad kepada 115 orang sahaja.

Untuk maklumat lanjut : Care Cambodia 2.0 Charity Iftar


Iftar Perdana di MMU Melaka
Tarikh : 17 Julai 2014
Masa : 6:00 petang 
Lokasi : Masjid Al-Irsyad & CLC
Bayaran : RM3.00

Untuk maklumat lanjut : Iftar Perdana 2014

Poster dan Brochure

Di bawah adalah poster dan brochure untuk program Pyea-Baal Cambodia 2.0. Sekiranya berminat untuk menderma, boleh salurkan pada akaun bank kami.

Poster



Brochure


Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, boleh hubungi nombor yang tertera di atas.
Terima kasih.

_________________________________________________________

Dari Ibnu Mas'ud, ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda "Hendaklah seseorang diantara kamu memelihara dirinya dari api neraka, walaupun dengan memberikan sedekah sebiji kurma."
(HR Ahmad dengan sanad sahih)

Tentang Program Pyea-Baal Cambodia 2.0

Program ini akan dilaksanakan pada 20 Februari 2015 hingga 26 Februari 2015 di Kampong Thmei, Kratie, Kemboja.

Program ini merupakan anjuran bersama pelajar I-Smart V2, Universiti Multimedia dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Multimedia. Sekretariat terdiri daripada 27 orang pelajar daripada pelbagai jurusan Ijazah serta 1 eksekutif daripada Universiti Multimedia.

Konsep program Pyea-Baal Cambodia 2.0:

  • Konsep utamamendedahkan  mahasiswa/i kepada sikap kesukarelawanan dalam memberi bantuan kemanusiaan, serta berkongsi ilmu dan pengalaman bagi membentuk jati diri dan sahsiah yang intelek.
  • Konsep kebajikanmelalui penambahan ilmu pengetahuan dan pengalaman sosiologi yang sebenar malahan dapat mewujudkan sifat empati dalam diri mahasiswa/i terhadap masyarakat Kemboja.
  • Konsep pendidikanmeningkatkan pendedahan dari segi pengurusan dan pengalaman serta memberi impak positif terhadap perkembangan kognitif mahasiswa/i.
Program ini merupakan program kali kedua yang bakal dijalankan oleh mahasiwa/i I-Smart V2 dari Universiti Multimedia. Program kali kedua ini adalah tindakan susulan (follow-up) terhadap program yang dijalankan sebelum ini. Program sebelum ini telah berjaya dilaksanakan oleh mahasiswa/i I-Smart V1 pada tahun 2012.

Objektif program Pyea-Baal Cambodia 2.0:

  • Membuat tinjauan susulan (follow-up) selepas Program ‘Pyea-Baal Cambodia’ yang telah dijalankan oleh mahasiswa/i I-Smart V1.
  • Infrastruktur – Meningkatkan kemudahan infrastuktur di Kampong Thmei dengan menambahkan bilangan pam air dan menyediakan tangki simpanan air.
  • Pendidikan – Menyampaikan mesej pendidikan islam dengan mengadakan bengkel praktikal yang memfokuskan ibadah-ibadah asas seperti menutup aurat dengan sempurna dan cara berwudhuk dengan betul. Penubuhan perpustakaan sekolah turut melatih penduduk kampung terutama generasi muda untuk lebih berminat dalam menimba ilmu pengetahuan.
  • Kebersihan – Memupuk kesedaran tentang kebersihan diri dan kawasan sekeliling melalui aktiviti yang akan dijalankan seperti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah dan kampung.
  • Aqiqah – Menganjurkan aktiviti aqiqah dengan mengumpulkan dana daripada Malaysia untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk sama-sama berbakti dan berkebajikan untuk rakyat Kemboja.
  • Kesihatan – Menyediakan bengkel kesihatan dan mengedarkan kit kebersihan untuk meningkatkan tahap kesihatan penduduk kampung.
  • Kemasyarakatan – Mengeratkan hubungan silaturahim antara komiti Pyea-Baal Cambodia 2.0 dan penduduk kampung  dengan mengadakan aktiviti seperti sukaneka dan gotong-royong. 

Keadaan di Kampung Thmei, Kemboja





Kawasan kampung




Sekolah di Kg Thmei

Kenali Kemboja

Kemboja atau secara rasmi Kerajaan Kemboja merupakan negara berlokasi di bahagian selatan Semenanjung Indochina di Asia Tenggara. Berkeluasan 181,035 kilometer persegi (69898 batu persegi), Kemboja merupakan negara yang bersempadankan Thailand di barat laut, Laos di bahagian timur laut, Vietnam di bahagian timur dan Teluk Thailand di bahagian barat daya.

Peta Kemboja
Mempunyai penduduk melebihi 14.8 juta, Kemboja adalah negara ke 70  mempunyai kepadatan penduduk terbanyak di dunia.Agama rasmi ialah agama Buddha Theravada yang diamalkan kira-kira 95 % daripada penduduk di Kemboja. Penduduk minoriti negara ini termasuk Vietnam, Cina, Cham serta 30 kepelbagaian suku kaum bukit. Phnom Penh merupakan daerah pusat yang beroperasi sebagai pusat politik, ekonomi dan kebudayaan.Merupakan kerajaan berperlembagaan yang mempunyai raja bernama Norodom Shamoni, dipilih daripada majlis diraja dan berperanan sebagai ketua negara. Mempunyai ketua kerajaan bernama Hun Sen merupakan pemimpin yang berkhidmat paling lama di Asia Tenggara yang kini memerintah Kemboja lebih daripada 25 tahun.

Hun Sen, perdana menteri Kemboja
Pada tahun 802 masihi Jayavarman II telah mengisytiharkan dirinya sebagai raja yang memulakan empayar Khmer. Raja yang mengembangkan empayar Khmer ini telah mendominasi kuasa dan kekayaan sebahagian besar Asia Tenggara selama lebih 600 tahun. Kemboja dijadikan orang suruhan antara jiran-jirannya sehingga negara berkenaan dijajah oleh Perancis pada pertengahan abad ke-19. Kemboja mencapai kemerdekaan pada tahun 1953. Beberapa tahun kemudian Kemboja muncul sebagai Republik Rakyat Kampuchea sehingga tahun 1993. Selepas beberapa tahun peperangan, Kemboja bersatu semula dibawah monarki pada tahun 1993.

Sedekad selepas perang saudara tamat, Kemboja menunjukkan pembangunan yang pesat dalam bidang sumber manusia dan ekonomi. Kemboja adalah negara yang memperoleh rekod ekonomi terbaik di Asia dengan kadar purata 6.0 % semenjak 10 tahun lalu. Tekstil, pertanian, pembinaan, pakaian dan sektor pelancongan membawa kepada pelaburan asing danperdagangan antarabangsa. Pada tahun 2005, deposit minyak dan gas asli telah ditemui dibawah perairan Kemboja dan pengekstrakan komersial bermula pada tahun 2011. 

Phnom Penh di Kemboja