Islam ialah agama majoriti Cham(juga dipanggil Islam Khmer)
dan penduduk melayu ialah penduduk minoriti di Kemboja. Menurut Po Dharma,
terdapat 150 000 hingga 200 000 umat Islam di sana pada tahun 1975.
Penganiayaan dibawah pemerintahan Khmer Rouge menghakis bilangan mereka.
Namunpada akhir tahun 1980-an mereka mungkin tidak dapat mengembalikan kekuatan
mereka dahulu. Pada tahun 2009, pusat penyelidikan Pew menganggarkan 1.6 %
daripada penduduk atau 236 000 ialah penduduk beragama Islam. Umat Islam Cham adalah
Sunni bermazhab Shafii. Terdapat juga masyarakat Islam Ahmadiyya berkembang di
Kemboja. Po Dharma membahagikan Islam Cham di Kemboja kepada bahagian
tradisionalis dan ortodoks.
Penduduk Cham turut
mempunyai masjid sendiri. Pada tahun 1962, terdapat 100 buah masjid di Kemboja.
Pada akhir abad ke-19, umat Islam Kemboja membentuk sebuah masyarakat yang
bersatu di bawah kuasa empat agama iaitu kenamaan bupti, tuk kalih, Raja kalik
dan tvan pake. Sebuah majlis terpenting di kampung-kampung Cham terdiri daripada
beberapa orang bilal, katib dan labi. Empat orang kenamaan tertinggi dan hakem
dikecualikan daripada membayar cukai peribadi dan mereka dijemput untuk
menyertai upacara nasional yang besar di mahkamah diraja. Setelah Kemboja
mencapai kemerdekaan, Islam diletakkan dibawah seliaan majlis lima anggota yang
akan mewakili masyarakat dalam majlis-majlis rasmi dan berhubung dengan
masyarakat Islam yang lain. Setiap masyarakat Islam mempunyai hakem yang
memimpin masyarakat dan masjid, seorang imam yang memimpin solat dan bilal yang
azan. Semenanjung Chrouy Changvar yang
berdekatan dengan Phnom Penh dianggap sebagai pusat kerohanian penduduk Cham
dan beberapa orang pegawai yang menetap di sana. Setiap tahun, akan ada beberapa
orang Cham mengkaji Al-Quran di Kelantan, Malaysia dan beberapa orang lagi
menuntut ilmu mahupun menunaikan haji di Mekah. Menurut perangkaan dari tahun
1950-an, kira-kira 7% daripada Cham telah menyempurnakan haji dan ini
membolehkan mereka memakaki kopiah atau serban sebagai tanda pencapaian mereka.
Penduduk Cham
tradisional mengekalkan tradisi purba serta upacara Islam mahupun pra-Islam.
Mereka menganggap Allah sebagai tuhan yang berkuasa, di samping mengiktiraf
amalan lain yang bukan Islam. Mereka
lebih akrab dalam pelbagai sudut dan Champantai Vietnam daripada mereka adalah
umat Islam yang lain. Pembesar agama Cham tradisional (dan Cham di Vietnam)
beerpakaian putih dan mereka turut mencukur kepala serta muka. Mereka percaya
pada kuasa sihir dan ilmu hitam. Pada mereka amalan kuasa sihir mampu
mengelakkan kematian atau penyakit secara perlahan mahupun ganas. Walaupun mereka tidak menunjukkan minat untuk
menunaikan haji di Mekah dan solat lima waktu tetapi penduduk Cham tradisional
meraikan perayaan Islam dan ritual yang lain.
Sebahagian besar
Cham ortodoks telah menerima pakai agama konformis kerana kenalan rapat mereka
serta perkahwinan campur dengan masyarakat Melayu. Malah mereka telah
menggunakan adat istiadat Melayu dan organisasi keluarga serta bertutur dalam
bahasa Melayu.Selain itu mereka juga turut menghantar jemaah haji ke Mekah dan
menghadiri persidangan Islam antarabangsa. Konflik antara tradisional dan
ortodok Cham meningkat antara tahun 1954 dan 1975. Contohnya, mereka memecah
belahkan penduduk kampung dan setiap kumpulan akhirnya mempunyai masjid sendiri
dan organisasi yang berlainan agama.
Menurut sumber Cham,sebanyak 132 buah masjid telah
dimusnahkan semasa pemerintahan Khmer Rouge, dan pelbagai barangan lain
dirosakkan serta umat Islam tidak dibenarkan beribadah. Kemudian sejak rejim
Vietnam memasuki PRK, Islam telah diberi kebebasan yang sama rata dengan
Buddisme. Vickery percaya bahawa kira-kira 185 000 penduduk Cham tinggal di
Kemboja pada pertengahan tahun 1980-an dan bilangan masjid adalah sama seperti
tahun 1975. Pada awal tahun
1981, terdapat enam buah masjid di kawasan Phnom Penh dan “nombor baik” di
wilayah-wilayah, tetapi pembesar Islam telah menolak dakwaan tersebut, tetapi
hanya 20 daripada 113 kependetaan Cham sebelumnya yang paling menonjol di
Kemboja terselamat selepas tamat pemerintahan.
No comments:
Post a Comment