Tuesday, 15 July 2014

Tentang Program Pyea-Baal Cambodia 2.0

Program ini akan dilaksanakan pada 20 Februari 2015 hingga 26 Februari 2015 di Kampong Thmei, Kratie, Kemboja.

Program ini merupakan anjuran bersama pelajar I-Smart V2, Universiti Multimedia dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Multimedia. Sekretariat terdiri daripada 27 orang pelajar daripada pelbagai jurusan Ijazah serta 1 eksekutif daripada Universiti Multimedia.

Konsep program Pyea-Baal Cambodia 2.0:

  • Konsep utamamendedahkan  mahasiswa/i kepada sikap kesukarelawanan dalam memberi bantuan kemanusiaan, serta berkongsi ilmu dan pengalaman bagi membentuk jati diri dan sahsiah yang intelek.
  • Konsep kebajikanmelalui penambahan ilmu pengetahuan dan pengalaman sosiologi yang sebenar malahan dapat mewujudkan sifat empati dalam diri mahasiswa/i terhadap masyarakat Kemboja.
  • Konsep pendidikanmeningkatkan pendedahan dari segi pengurusan dan pengalaman serta memberi impak positif terhadap perkembangan kognitif mahasiswa/i.
Program ini merupakan program kali kedua yang bakal dijalankan oleh mahasiwa/i I-Smart V2 dari Universiti Multimedia. Program kali kedua ini adalah tindakan susulan (follow-up) terhadap program yang dijalankan sebelum ini. Program sebelum ini telah berjaya dilaksanakan oleh mahasiswa/i I-Smart V1 pada tahun 2012.

Objektif program Pyea-Baal Cambodia 2.0:

  • Membuat tinjauan susulan (follow-up) selepas Program ‘Pyea-Baal Cambodia’ yang telah dijalankan oleh mahasiswa/i I-Smart V1.
  • Infrastruktur – Meningkatkan kemudahan infrastuktur di Kampong Thmei dengan menambahkan bilangan pam air dan menyediakan tangki simpanan air.
  • Pendidikan – Menyampaikan mesej pendidikan islam dengan mengadakan bengkel praktikal yang memfokuskan ibadah-ibadah asas seperti menutup aurat dengan sempurna dan cara berwudhuk dengan betul. Penubuhan perpustakaan sekolah turut melatih penduduk kampung terutama generasi muda untuk lebih berminat dalam menimba ilmu pengetahuan.
  • Kebersihan – Memupuk kesedaran tentang kebersihan diri dan kawasan sekeliling melalui aktiviti yang akan dijalankan seperti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah dan kampung.
  • Aqiqah – Menganjurkan aktiviti aqiqah dengan mengumpulkan dana daripada Malaysia untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk sama-sama berbakti dan berkebajikan untuk rakyat Kemboja.
  • Kesihatan – Menyediakan bengkel kesihatan dan mengedarkan kit kebersihan untuk meningkatkan tahap kesihatan penduduk kampung.
  • Kemasyarakatan – Mengeratkan hubungan silaturahim antara komiti Pyea-Baal Cambodia 2.0 dan penduduk kampung  dengan mengadakan aktiviti seperti sukaneka dan gotong-royong. 

No comments:

Post a Comment