Kemboja
atau secara rasmi Kerajaan Kemboja merupakan negara berlokasi di bahagian
selatan Semenanjung Indochina di Asia Tenggara. Berkeluasan 181,035 kilometer
persegi (69898 batu persegi), Kemboja merupakan negara yang bersempadankan
Thailand di barat laut, Laos di bahagian timur laut, Vietnam di bahagian timur
dan Teluk Thailand di bahagian barat daya.
![]() |
Peta Kemboja |
Mempunyai
penduduk melebihi 14.8 juta, Kemboja adalah negara ke 70 mempunyai kepadatan penduduk terbanyak di
dunia.Agama rasmi ialah agama Buddha Theravada yang diamalkan kira-kira 95 %
daripada penduduk di Kemboja. Penduduk minoriti negara ini termasuk Vietnam,
Cina, Cham serta 30 kepelbagaian suku kaum bukit. Phnom Penh merupakan daerah
pusat yang beroperasi sebagai pusat politik, ekonomi dan kebudayaan.Merupakan
kerajaan berperlembagaan yang mempunyai raja bernama Norodom Shamoni, dipilih
daripada majlis diraja dan berperanan sebagai ketua negara. Mempunyai ketua kerajaan bernama Hun Sen
merupakan pemimpin yang berkhidmat paling lama di Asia Tenggara yang kini
memerintah Kemboja lebih daripada 25 tahun.
![]() |
Hun Sen, perdana menteri Kemboja |
Pada
tahun 802 masihi Jayavarman II telah mengisytiharkan dirinya sebagai raja yang
memulakan empayar Khmer. Raja yang mengembangkan empayar Khmer ini telah
mendominasi kuasa dan kekayaan sebahagian besar Asia Tenggara selama lebih 600
tahun. Kemboja dijadikan orang suruhan antara jiran-jirannya sehingga negara
berkenaan dijajah oleh
Perancis pada pertengahan abad ke-19. Kemboja mencapai kemerdekaan pada tahun
1953. Beberapa tahun kemudian Kemboja muncul sebagai Republik Rakyat Kampuchea
sehingga tahun 1993. Selepas beberapa tahun peperangan, Kemboja bersatu
semula dibawah monarki pada tahun 1993.
Sedekad selepas perang saudara tamat,
Kemboja menunjukkan pembangunan yang pesat dalam bidang sumber manusia dan
ekonomi. Kemboja adalah negara yang memperoleh rekod ekonomi terbaik di Asia
dengan kadar purata 6.0 % semenjak 10 tahun lalu. Tekstil, pertanian, pembinaan, pakaian dan sektor pelancongan
membawa kepada pelaburan asing danperdagangan antarabangsa. Pada tahun 2005,
deposit minyak dan gas asli telah ditemui dibawah perairan Kemboja dan
pengekstrakan komersial bermula pada tahun 2011.
![]() |
Phnom Penh di Kemboja |
No comments:
Post a Comment