Tuesday, 15 July 2014

Iftar

Assalamualaikum dan salam Ramadhan kepada semua.

Pada 17 Julai (Khamis) ini, kami akan mengadakan iftar sempena program ini. Iftar tersebut akan diadakan di Univeristi Multimedia Cyberjaya dan juga Universiti Multimedia Melaka.

Program ini bertujuan untuk mengumpul sumbangan dan derma ikhlas daripada kakitangan dan juga pelajar MMU. Hasil daripada jualan tiket dan sumbangan akan disalurkan untuk program utama iaitu "Pyea-Baal Cambodia 2.0". Program ini diadakan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik iaitu komuniti Islam di Kemboja.

Care Cambodia 2.0 Charity Iftar di MMU Cyberjaya

Tarikh : 17 Julai 2014
Masa : 6:30 petang hingga 8:30 malam
Lokasi : Multipurpose Hall (MPH)
Bayaran : RM7.00 seorang

Jika berminat, sila isi borang ini:
https://docs.google.com/forms/d/1p2vBzMzUmsjI6h7CGWe5xDxqpFBoFXfoJOdW7GMBFzE/viewform

Tempat terhad kepada 115 orang sahaja.

Untuk maklumat lanjut : Care Cambodia 2.0 Charity Iftar


Iftar Perdana di MMU Melaka
Tarikh : 17 Julai 2014
Masa : 6:00 petang 
Lokasi : Masjid Al-Irsyad & CLC
Bayaran : RM3.00

Untuk maklumat lanjut : Iftar Perdana 2014

Poster dan Brochure

Di bawah adalah poster dan brochure untuk program Pyea-Baal Cambodia 2.0. Sekiranya berminat untuk menderma, boleh salurkan pada akaun bank kami.

Poster



Brochure


Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, boleh hubungi nombor yang tertera di atas.
Terima kasih.

_________________________________________________________

Dari Ibnu Mas'ud, ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda "Hendaklah seseorang diantara kamu memelihara dirinya dari api neraka, walaupun dengan memberikan sedekah sebiji kurma."
(HR Ahmad dengan sanad sahih)

Tentang Program Pyea-Baal Cambodia 2.0

Program ini akan dilaksanakan pada 20 Februari 2015 hingga 26 Februari 2015 di Kampong Thmei, Kratie, Kemboja.

Program ini merupakan anjuran bersama pelajar I-Smart V2, Universiti Multimedia dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Multimedia. Sekretariat terdiri daripada 27 orang pelajar daripada pelbagai jurusan Ijazah serta 1 eksekutif daripada Universiti Multimedia.

Konsep program Pyea-Baal Cambodia 2.0:

  • Konsep utamamendedahkan  mahasiswa/i kepada sikap kesukarelawanan dalam memberi bantuan kemanusiaan, serta berkongsi ilmu dan pengalaman bagi membentuk jati diri dan sahsiah yang intelek.
  • Konsep kebajikanmelalui penambahan ilmu pengetahuan dan pengalaman sosiologi yang sebenar malahan dapat mewujudkan sifat empati dalam diri mahasiswa/i terhadap masyarakat Kemboja.
  • Konsep pendidikanmeningkatkan pendedahan dari segi pengurusan dan pengalaman serta memberi impak positif terhadap perkembangan kognitif mahasiswa/i.
Program ini merupakan program kali kedua yang bakal dijalankan oleh mahasiwa/i I-Smart V2 dari Universiti Multimedia. Program kali kedua ini adalah tindakan susulan (follow-up) terhadap program yang dijalankan sebelum ini. Program sebelum ini telah berjaya dilaksanakan oleh mahasiswa/i I-Smart V1 pada tahun 2012.

Objektif program Pyea-Baal Cambodia 2.0:

  • Membuat tinjauan susulan (follow-up) selepas Program ‘Pyea-Baal Cambodia’ yang telah dijalankan oleh mahasiswa/i I-Smart V1.
  • Infrastruktur – Meningkatkan kemudahan infrastuktur di Kampong Thmei dengan menambahkan bilangan pam air dan menyediakan tangki simpanan air.
  • Pendidikan – Menyampaikan mesej pendidikan islam dengan mengadakan bengkel praktikal yang memfokuskan ibadah-ibadah asas seperti menutup aurat dengan sempurna dan cara berwudhuk dengan betul. Penubuhan perpustakaan sekolah turut melatih penduduk kampung terutama generasi muda untuk lebih berminat dalam menimba ilmu pengetahuan.
  • Kebersihan – Memupuk kesedaran tentang kebersihan diri dan kawasan sekeliling melalui aktiviti yang akan dijalankan seperti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah dan kampung.
  • Aqiqah – Menganjurkan aktiviti aqiqah dengan mengumpulkan dana daripada Malaysia untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk sama-sama berbakti dan berkebajikan untuk rakyat Kemboja.
  • Kesihatan – Menyediakan bengkel kesihatan dan mengedarkan kit kebersihan untuk meningkatkan tahap kesihatan penduduk kampung.
  • Kemasyarakatan – Mengeratkan hubungan silaturahim antara komiti Pyea-Baal Cambodia 2.0 dan penduduk kampung  dengan mengadakan aktiviti seperti sukaneka dan gotong-royong. 

Keadaan di Kampung Thmei, Kemboja





Kawasan kampung




Sekolah di Kg Thmei

Kenali Kemboja

Kemboja atau secara rasmi Kerajaan Kemboja merupakan negara berlokasi di bahagian selatan Semenanjung Indochina di Asia Tenggara. Berkeluasan 181,035 kilometer persegi (69898 batu persegi), Kemboja merupakan negara yang bersempadankan Thailand di barat laut, Laos di bahagian timur laut, Vietnam di bahagian timur dan Teluk Thailand di bahagian barat daya.

Peta Kemboja
Mempunyai penduduk melebihi 14.8 juta, Kemboja adalah negara ke 70  mempunyai kepadatan penduduk terbanyak di dunia.Agama rasmi ialah agama Buddha Theravada yang diamalkan kira-kira 95 % daripada penduduk di Kemboja. Penduduk minoriti negara ini termasuk Vietnam, Cina, Cham serta 30 kepelbagaian suku kaum bukit. Phnom Penh merupakan daerah pusat yang beroperasi sebagai pusat politik, ekonomi dan kebudayaan.Merupakan kerajaan berperlembagaan yang mempunyai raja bernama Norodom Shamoni, dipilih daripada majlis diraja dan berperanan sebagai ketua negara. Mempunyai ketua kerajaan bernama Hun Sen merupakan pemimpin yang berkhidmat paling lama di Asia Tenggara yang kini memerintah Kemboja lebih daripada 25 tahun.

Hun Sen, perdana menteri Kemboja
Pada tahun 802 masihi Jayavarman II telah mengisytiharkan dirinya sebagai raja yang memulakan empayar Khmer. Raja yang mengembangkan empayar Khmer ini telah mendominasi kuasa dan kekayaan sebahagian besar Asia Tenggara selama lebih 600 tahun. Kemboja dijadikan orang suruhan antara jiran-jirannya sehingga negara berkenaan dijajah oleh Perancis pada pertengahan abad ke-19. Kemboja mencapai kemerdekaan pada tahun 1953. Beberapa tahun kemudian Kemboja muncul sebagai Republik Rakyat Kampuchea sehingga tahun 1993. Selepas beberapa tahun peperangan, Kemboja bersatu semula dibawah monarki pada tahun 1993.

Sedekad selepas perang saudara tamat, Kemboja menunjukkan pembangunan yang pesat dalam bidang sumber manusia dan ekonomi. Kemboja adalah negara yang memperoleh rekod ekonomi terbaik di Asia dengan kadar purata 6.0 % semenjak 10 tahun lalu. Tekstil, pertanian, pembinaan, pakaian dan sektor pelancongan membawa kepada pelaburan asing danperdagangan antarabangsa. Pada tahun 2005, deposit minyak dan gas asli telah ditemui dibawah perairan Kemboja dan pengekstrakan komersial bermula pada tahun 2011. 

Phnom Penh di Kemboja

Saturday, 12 July 2014

Kami kembali!



Program Pyea-Baal Kemboja kini kembali! 

Program Pyea-Baal Cambodia 2.0 (Care Cambodia 2.0) merupakan program kedua yang bakal membawa nama Universiti Multimedia ke Kemboja selepas kali pertama diadakan pada tahun 2012 oleh I-Smart V1. Selepas 2 tahun, Kemboja sekali lagi dipilih sebagai lokasi untuk menjayakan program ini. Justeru, misi utama ‘Pyea-Baal Cambodia 2.0’ adalah untuk terus  membuat tindakan susulan (follow-up) terhadap program yang telah dijalankan sebelum  ini. 

Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dirancang dan akan dijalankan sepanjang program. Antara aktiviti yang telah dipersetujui adalah:
a. Bengkel pendidikan Islam
b. Gotong-royong perdana
c. Bengkel penjagaan kebersihan
d. Sukaneka
e. Aqiqah
f. Kembara Bakti (menyampaikan sumbangan kepada masyarakat beberapa buah kampung berhampiran)

____________________________________________

Dari Ibnu Mas'ud, ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda "Hendaklah seseorang diantara kamu memelihara dirinya dari api neraka, walaupun dengan memberikan sedekah sebiji kurma."
(HR Ahmad dengan sanad sahih)