Thursday, 19 March 2015

Hari Pertama & Kedua di Phnom Penh

Pagi hari pertama di Phnom Penh kami telah pergi ke Tuol Sleng Museum of Genocide atau juga dikenal sebagai S-21 Prison. 






Selepas melawat muzium tersebut kami telah pergi ke Central Market (Phsar Thmei) untuk membeli sedikit buah tangan.


Selesai membeli-belah, kami telah pergi ke Union Youth Federation of Cambodia (UYFC). Lawatan ini juga telah diseratai oleh Presiden dan juga wakil dari pihak Majlis Belia Malaysia (MBM).


Hari kedua dan hari terakhir di Phnom Penh, kami telah melakukan kunjungan terhormat ke Kedutaan Malaysia di Kemboja. Kunjungan kami turut disertai presiden dan wakil pihak MBM. 


Kami amat berterima kasih kepada semua penaja dan mereka yang telah memberikan derma. Alhamdulillah kami telah berjaya melaksanakan program ini dengan sokongan kalian.


Hari Keempat di Kg Thmei

Hari keempat dan hari terakhir kami di kampung Thmei. Kami mulakan pagi dengan mengadakan kembara bakti. Semua team PBC telah pergi ke rumah anak yatim Phum Jumnik. Di sana kami mengajar anak anak yatim tentang kebersihan. Kami telah mengadakan bengkel kebersihan untuk mereka.


Selepas selesai berada di rumah anak yatim, kami pulang ke kampung Thmei untuk membuat persiapan majlis penutup. Majlis penutup diadakan petang hari terakhir. Majlis penutup dihadiri beberapa orang tetamu VIP. Pada waktu yang sama kami juga telah mengagihkan kit kit yang telah berjaya dijual.



Pada malam hari tersebut kami telah keluar dari kampung menghala ke Phnom Penh. Bergaul dengan penduduk kampung yang mempunyai perbezaan budaya dan bahasa membawa 1001 kenangan dan pengalaman untuk kami.

Hari Ketiga di Kg Thmei

Hari ketiga adalah hari yang telah ditetapkan untuk melakukan aqiqah.





Selain daripada melakukan aqiqah, director PBC dan 2 orang wakil PBC telah menemani wakil NUTE untuk melawat rumah anak yatim Phum Jumnik dan tempat pam air di kampung sebelah.








Hari Kedua di Kg Thmei

Pagi hari kedua kami di kampung Thmei dimulakan dengan aktiviti gotong royong. Aktiviti gotong royong dibahagikan kepada beberapa kumpulan; perpustakaan, kelas, masjid dan kubur. Wakil pihak NUTE juga datang untuk melihat kami melakukan kerja. 





Selepas solat zohor, kami mengadakan bengkel kesihatan. Bengkel kesihatan ini dihadiri kanak kanak dari kampung Thmei. Antara perkara yang diajarkan di bengkel kesihatan ini ialah tentang kebersihan diri dan cara untuk mencuci tangan dengan betul.





Petang tersebut kami mengadakan sukan budaya bersama dengan penduduk kampung. Budak lelaki dari team PBC bersama dengan remaja lelaki kampung Thmei telah mengadakan perlawanan persahabatan.



Hari Pertama di Kg Thmei

Hari pertama di Kampung Thmei kami mulakan dengan membuat majlis pembukaan. Majlis pembukaan ini dihadiri oleh penduduk kampung dan juga beberapa orang tetamu VIP.





Team PBC bersama VIP

Selepas selesai dengan majlis pembukaan, kami bergerak keliling kampung untuk mengenali dengan lebih mendalam tentang penduduk Kemboja. 

Selepas berborak dengan penduduk kampung, kami mendapat sedikit informasi tentang mereka. Antaranya ialah:
  • Terdapat sebahagian daripada penduduk Kampung Thmei yang fasih berbahasa Melayu pernah datang ke Malaysia sama ada untuk belajar atau bekerja.
  • Kebanyakan yang bekerja adalah kaum lelaki. Mereka terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan dalam satu satu masa.
  • Remaja perempuan berkahwin pada usia yang muda dan pasangan mereka diaturkan oleh keluarga.









Selepas solat Zohor kami telah mengadakan bengkel Pendidikan Islam. DI dalam bengkel ini kami mengajar kanak kanak kampung Thmei tentang bacaan solat dan aurat. Kebanyakan kanak kanak ini telah fasih tentang bacaan solat.